Cari @ Amanz

Nampaknya kita mungkin akan mendengar dengan lebih kerap berkaitan Galaxy S5 sepanjang minggu ini. Selain daripada imej jemputan rasmi daripada Samsung, kini sebuah gambar tertiris ke arena web, dikatakan sebagai kotak belakang untuk Samsung Galaxy S5.

Kotak Galaxy S5

Sekiranya gambar yang tertiris ini adalah benar, maka kita akan dapat melihat skrin bersaiz 5.25-inci dengan paparan 1440×2560 pixel, dilengkapi cip pemprosesan empat teras 2.5Ghz, memori 3GB RAM, kamera belakang 20-megapixel (bukannya kamera 16-megapixel), dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Samsung dilihat menjadualkan acara khas mereka pada 24 Februari kelak, dan mungkin dengan hari-hari akan datang, lebih banyak info mengenainya mungkin tertiris ke arena web.

Jadi, sementara itu, apa kata anda berkenaan dengan spesifikasi yang tertiris ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd