SanDisk Ultra Dual USB Drive – Pemacu USB Menghubungkan Tablet Dan Komputer

SanDisk Ultra Dual USB Drive – Pemacu USB Menghubungkan Tablet Dan Komputer

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, Sony sedia mengumumkan pemacu berasaskan USB untuk tablet dan telefon pintar Android. Kini, selain Sony, pihak Sandisk turut memperkenalkan peranti dengan fungsi sama, dinamakan sebagai Sandisk Ultra Dual USB Drive.

Ia hadir dalam tiga variasi storan, iaitu 16GB, 32GB dan juga 64GB. Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan ia kepada telefon pintar menggunakan mikro-USB ataupun menghubungkan ia kepada komputer menggunakan USB 2.0.

Selain daripada menyimpan fail padanya, SanDisk Ultra Dual USB Drive ini juga turut boleh digunakan dalam urusan memindahkan fail dan dokumen daripada komputer ke tablet atau telefon pintar.

Pihak SanDisk juga dilihat menyediakan sebuah aplikasi khas dinamakan SanDisk Memori Zone yang berfungsi untuk anda menguruskan dokumen pada peranti Android anda.

Harga jualannya adalah bermula antara $19.99 (~RM67) sehingga $49.99 (~RM167), bergantung kepada saiz storannya.


TIPS & ULASAN