Paint.NET 4.0 Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun

Paint.NET 4.0 Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Paint.NET merupakan salah satu perisian grafik yang digemari ramai pengguna. Kini, pembangunnya dalam proses membangunkan versi terbaru Paint.NET, dan telah pun memperkenalkan versi beta pertama untuk Paint.NET 4.0.

Paint.NET 4.0 Beta

Paint.NET 4.0 ini hadir dengan pelbagai pembaharuan, termasuk penggunaan enjin rendering yang dibangunkan semula, kemaskini pada antaramuka, dan peningkatan pada pelbagai jenis tools yang disertakan.

Paint.NET 4.0 Beta ini juga turut menyertakan sebuah butang commit berwarna hijau, memudahkan proses penyelesaian tugasan grafik pengguna.

Seperti biasa, memandangkan ia masih pada versi beta, maka mungkin terdapat pepijat yang tidak dikenal-pasti dan mungkin tidak begitu stabil.

Namun, bagi pengguna yang ingin melihat apakah yang akan disertakan pada Paint.NET 4.0 kelak, mungkin boleh mencuba versi beta ini hari ini.

Muat-Turun Paint.NET 4.0 Beta


TIPS & ULASAN