Geeksphone Revolution – Telefon Pelbagai-OS (Android Dan Firefox) Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Geeksphone Revolution – Telefon Pelbagai-OS (Android Dan Firefox) Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Dengan pelbagai sistem operasi mudah-alih di luar sana, semestinya pengguna inginkan lebih pilihan ketika memilih peranti mereka. Mengambil konsep tersebut, Geeksphone telah memperlihatkan Revolution mereka sebelum ini dan kini dilihat telah sedia untuk melancarkannya.

GeeksPhone Revolution

Geeksphone Revolution akan hadir dengan pilihan bertukar-tukar sistem operasi antara Android dan juga Firefox. Pembangunnya juga mengatakan peranti ini juga boleh menambah sebarang sistem operasi yang disokong komuniti dengan mudah.

Geeksphone Revolution ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2560, dilengkapi ruangan storan 4GB EMMC, memori 1GB RAM, sokongan mikro-SD, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel. Telefon pintar multi-OS ini juga dilengkapi skrin bersaiz 4.7-inci dan bateri berkapasiti 2000mAh.

Telefon pintar ini akan berharga 289 Euro (~RM1315) dan akan mula dijual bermula 20 Februari kelak. Ia dilihat disasarkan ke negara barat sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun tidak. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkannya, mungkin boleh membuat tempahan atas-talian melalui laman rasmi bermula minggu hadapan.


TIPS & ULASAN