Google Now Kini Membolehkan Pengguna Menggunakan Nama Perhubungan Melalui Arahan Suara

Google Now Kini Membolehkan Pengguna Menggunakan Nama Perhubungan Melalui Arahan Suara

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Google sering menambah-baik fungsi-fungsi pada Google Now, dan terkini ia dilihat Google membolehkan para pengguna untuk menggunakan nama perhubungan untuk arahan suara – terutamanya untuk membuat panggilan dan menghantar mesej.

Google Now

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menggunakan arahan seperti “Call mom” (Buat panggilan kepada ibu), dan untuk pertama kali, ia akan meminta pengguna memilih daripada senarai buku alamat. Selesai sahaja menetapkannya, untuk kali seterusnya ia akan membuat panggilan kepada mereka yang dituju secara automatik.

Google Now

Daripada apa yang diuji kami, pelbagai perhubungan dapat digunakan, termasuk “Boss”, “Home” dan sebagainya.

Bagi anda yang mungkin selalu membuat panggilan ketika bergerak atau memandu, fungsi ini akan memudahkan anda, dan tidak lagi perlu melalui pelbagai langkah sebelum membuat sesuatu panggilan kepada orang tersayang.


TIPS & ULASAN