Carian
Mozilla Akan Memperlihatkan Kandungan Berbayar Pada Halaman Tab Baru Untuk Pengguna Baru
February 12, 2014 Aman

Untuk para pengguna baru pelayar web Firefox, halaman tab baru mereka selalunya kosong tanpa sebarang kandungan. Bagi mengatasi perkara ini dan memperlihatkan kandungan yang relevan, pihak Mozilla hari ini mengumumkan program baru mereka dinamakan Directory Tiles.

Mozilla Directory Tiles

Directory Tiles dikatakan ingin meningkatkan pengalaman penggunaan Firefox untuk pertama kali. Melaluinya, beberapa kandungan akan diperlihatkan, termasuk daripada ekosistem Mozilla, laman-laman popular, dan juga kandungan berbayar.

Seperti kebanyakkan platform lain, setiap kandungan berbayar akan dilabelkan pada pelayar web berkenaan.

Mozilla masih dalam perancangan awal berkenaan dengan inisiatif Directory Tiles ini, dan tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan diintegrasikan pada produk Firefox mereka.

Komen