Dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, salah satu perkara yang menjadi tulang utamanya adalah cip pemprosesan. Hari ini, dalam terus memberikan kuasa pemprosesan baik dalam pengurusan tugasan, ARM mengumumkan Cortex-A17 memfokuskan kepada peranti pertengahan.
Cortex-A17 ini dikatakan menyertakan tenaga pemprosesan lebih 60% berbanding Cortex-A9, selain mana turut hadir dengan sokongan big.LITTLE seperti pada beberapa cip pemprosesan lain baru-baru ini. Cip ini turut dilengkapkan dengan GPU Mali-T720 dengan sokongan OpenGL ES 3.0.
Melaluinya, ia dilihat akan membawakan tenaga pemprosesan yang baik untuk peranti-peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan. Selain daripada telefon pintar dan tablet, cip ini juga turut boleh digunakan pada televisyen dan beberapa peranti lain.
Penggunaan ARM Cortex-A17 ini dijangka akan meluas pada tahun 2015.