HTC pada tahun ini dikatakan akan turut hadir dengan beberapa pilihan peranti pada spesifikasi pertengahan pada harga yang lebih bersesuaian. Lanjutan daripada perkongsian HTC berkenaan dengannya, kini sebuah gambar tertiris ke arena web, dikatakan merupakan gambar untuk HTC Desire 8.
HTC Desire 8 ini dikatakan akan menyertakan sokongan dwi-SIM, dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan turut dilihat akan menyertakan speaker pada bahagian hadapan.
Melalui gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan tarikh 18 Mac, dan mungkin kita akan melihat pengumuman berkenaan dengannya dilakukan pada tarikh berkenaan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah lagi peranti menarik yang akan dibawakan HTC pada suku pertama 2014 ini.