Video Baru Hadir Memperlihatkan Fungsi-Fungsi Windows Phone 8.1

Video Baru Hadir Memperlihatkan Fungsi-Fungsi Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Awal pagi hari ini, kita sedia melihat beberapa gambar paparan skrin tertiris ke arena web, memperlihatkan beberapa fungsi yang dibawakan oleh Windows Phone 8.1. Semestinya gambar mungkin tidak memuaskan ramai pengguna, dan kini sebuah video hadir daripada pembangun, memperlihatkan fungsi-fungsi baru pada Windows Phone 8.1 kelak.

Seperti semua sedia maklum, fungsi-fungsi ini dikongsikan berdasarkan kepada SDK Windows Phone 8.1 untuk pembangun, dan versi akhir Windows Phone 8.1 dijangka menyertakan beberapa sokongan tambahan.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan pelbagai fungsi baru, termasuk kaedah mematikan aplikasi yang baru, sokongan butang-maya, penggunaan satu akaun Microsoft Account, pengurusan penggunaan tenaga bateri, dan pelbagai perkara lain.

Sokongan seperti Cortana yang diperkatakan ramai sebelum ini masih tidak disertakan pada SDK Windows Phone 8.1 ini.

Microsoft dijangka akan berkongsi secara rasmi berkenaan dengan Windows Phone 8. ini pada bulan April kelak.


TIPS & ULASAN