Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, pihak Jolla sedia berkongsi mengatakan mereka akan membawa sistem operasi Sailfish OS ke peranti Android. Perkara tersebut dikongsikan sekali lagi oleh pembangun Jolla, mengatakan mungkin dapat melihatnya tidak lama lagi.

Untuk permulaan ini, berkemungkinan pihak Jolla memfokuskan membawa Sailfish OS kepada peranti Samsung terlebih dahulu, sebelum memperluaskan ia ke pelbagai peranti lain.

Sailfish - Samsung

Pada bulan Januari yang lepas, sebuah video turut diterbitkan, memperlihatkan Sailfish OS pada Nexus 4.

Bagi yang tidak mengenali Sailfish OS, ia merupakan salah satu sistem operasi peranti mudah-alih yang mana memfokuskan sepenuhnya kepada gesture, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi, termasuk aplikasi Android.

Sekiranya ia diterbitkan untuk peranti Android, berkemungkinan pengguna umum akan mengalami sedikit kesukaran untuk memasangnya, dan mungkin lebih ditujukan kepada mereka yang selesa memasang ROM lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd