Muzei – Aplikasi Gambar Latar Untuk Peranti Android

Muzei – Aplikasi Gambar Latar Untuk Peranti Android

Diterbitkan pada Feb 12, 2014 oleh .

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi di Google Play Store yang menawarkan sokongan gambar latar menarik. Terkini, salah satu daripada pembangun aplikasi Dash Clock adalah Muzei.

Menggunakan Muzei, ia membolehkan paparan gambar latar yang berlainan setiap hari dilakukan secara automatik. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan gambar daripada Muzei ataupun daripada koleksi rakaman pengguna sendiri.

Muzei Android

Menariknya adalah dimana pada skrin utama, gambar latar tersebut akan di kaburkan untuk memudahkan penggunaan peranti, dan pengguna boleh dwi-tap pada skrin untuk memaparkan ia dalam gambar sebenar.

Selain itu, pembangun Muzei turut menawarkan API, membolehkan sesiapa sahaja untuk hadir dengan pemalam tambahan untuk digunakan bersama-sama Muzei. Sebagai contoh, salah satu yang telah diterbitkan di PlayStore adalah Muzei Reddit yang menarik gambar-gambar secara automatik daripada Reddit.

Bagi pengguna Android yang berminat, mungkin boleh mencuba Muzei hari ini.

Muat-Turun Muzei untuk Android


TIPS & ULASAN