Nokia Lumia Icon – Peranti Windows Phone Dari Nokia Khusus Untuk Amerika Syarikat

Nokia Lumia Icon – Peranti Windows Phone Dari Nokia Khusus Untuk Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Feb 13, 2014 oleh .

Hari ini, Nokia telah menambah penawaran telefon pintar berasaskan Windows Phone mereka, dengan memperkenalkan telefon Nokia Lumia Icon yang dilengkapi dengan Windows Phone 8.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan rangka berasaskan logam, selain bahagian belakang berasaskan polikarbonat. Nokia Lumia Icon ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci yang menyokong paparan HD penuh 1080p, serta kamera belakang 20-megapixel PureView dan optik Zeiss.

Nokia Lumia Icon dilihat memfokuskan kepada sokongan video, dimana peranti ini dilengkapi dengan empat mikrofon lossless untuk merakamkan audio dari pelbagai arah. Ia turut dilengkapi dengan perisian algoritma tersendiri yang mengurangkan bunyi bising, dan menjadikan audio yang dihasilkan pada rakaman amat berkualiti.

Nokia Lumia Icon

Dari segi cip pemprosesan, Nokia Lumia Icon menjalankan cip empat-teras 2.2GHz, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2420 mAh. Nokia mengatakan baterinya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.

Seperti pada tajuk artikel, Nokia Lumia Icon ini hanya eksklusif untuk Verizon di Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin kita perlu nantikan suatu variasi lain diperkenalkan Nokia untuk pasaran antarabangsa.


TIPS & ULASAN