Carian
Microsoft Berkira-Kira Untuk Menyokong Aplikasi Android Pada Windows Phone?
February 13, 2014 Aman

Dengan lebih ramai membeli telefon pintar, salah satu perkara utama yang menjadi punca pembelian adalah sokongan aplikasi pada sesuatu platform. Buat masa ini, kebanyakkan pembangun seluruh dunia hanya memfokuskan kepada dua platform sahaja, iaitu Android dan juga iOS.

Lumia 1520 vs Galaxy Note 3

Perkara ini adalah disebabkan oleh angka penggunanya yang ramai, sekaligus memberikan pulangan yang bersesuaian kepada mereka.

Ia juga turut memberikan impak kepada platform lain, membuatkan platform seperti BlackBerry dan juga Sailfish OS menyokong pemasangan aplikasi Android pada peranti yang menggunakan platform mereka.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan pihak Microsoft turut sama sedang berkira-kira untuk membawakan sokongan aplikasi Android pada Windows Phone dan juga Windows.

Bagi pengguna Windows, terdapat beberapa perisian yang menawarkan sokongan menjalankan aplikasi Android pada komputer, dan salah satu yang popular adalah BlueStacks. Namun, tidak untuk pengguna Windows Phone.

Ia dikatakan Microsoft masih dalam perbincangan secara dalaman, dan terdapat pihak yang setuju dan ada juga pihak yang kurang setuju.

Snap BlackBerry 10

Bagi kami sendiri, memandangkan terdapat beberapa peranti Windows Phone yang membawakan rekaan menarik, ia semestinya akan membuatkan pengguna tertarik sekiranya sokongan aplikasi Android turut disertakan. Namun, ia pada masa yang sama akan memberikan kesan kepada pembangun platform Windows Phone, selain mana pengalaman penggunaan yang akan memberi kesan negatif kepada platform tersebut.

Keputusan daripada Microsoft berkenaan perkara ini masih tidak diketahui sepenuhnya lagi. Bagi anda, adakah ia akan memberikan kesan positif atau negatif kepada platform Windows Phone? Ataupun mungkin Microsoft perlu fork Android itu sendiri dan menggantikan ia dengan perkhidmatan mereka – seperti mana diperkatakan akan dibawakan oleh Nokia Normandy.

Komen