Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean Diperkenalkan Untuk Sony Xperia SP

Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean Diperkenalkan Untuk Sony Xperia SP

Diterbitkan pada Feb 13, 2014 oleh .

Xperia SP - Android 4.3Selain daripada kemaskini untuk peranti-peranti berspesifikasi, Sony turut tidak melupakan peranti lain mereka, dan kini telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean untuk pengguna Xperia SP.

Xperia SP telah dijual di Malaysia pada bulan April tahun lepas, membawakan cip pemprosesan 1.7GHz, skrin bersaiz 4.6-inci dan juga kamera belakang 8-megapixel.

Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean ini membawakan angka versi perisian 12.1.A.0.266, dan membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka, termasuk paparan skrin utama baru.

Selain itu, Android 4.3 Jelly Bean turut menyertakan sokongan Sony Smart Social Camera, versi baru Battery Stamina Mode, dan beberapa aplikasi yang lain.

Bagi pengguna Xperia SP, boleh menyemak kemaskini untuk peranti anda melalui Sony PC Companion hari ini, atau menantikannya melalui kemaskini OTA pada peranti anda dengan ke halaman Settings > About phone > Software updates.


TIPS & ULASAN