Cari @ Amanz

AppleTVDesas-desus berkenaan dengan generasi baru untuk set-top box Apple TV bukan sesuatu yang baru, dan hari ini pihak Bloomberg berkongsi mengatakan Apple merancang untuk memperkenalkan Apple TV baru seawal April kelak.

Apple TV baru ini dikatakan akan menyertakan kemaskini dari segi pemprosesan dan membawakan antaramuka pengguna yang baru. Apple turut dikatakan sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak dalam membawa kandungan mereka ke Apple TV.

Ia dilaporkan, walaupun Apple mengumumkannya sekitar April kelak, namun penjualannya hanya akan dimulakan selang beberapa bulan selepas itu – disasarkan untuk penjualan penghujung tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd