Canonical Memperlihatkan Sokongan Satu Aplikasi Untuk Ubuntu Pada Pelbagai Peranti

Canonical Memperlihatkan Sokongan Satu Aplikasi Untuk Ubuntu Pada Pelbagai Peranti

Diterbitkan pada Feb 13, 2014 oleh .

Ubuntu sejak daripada tahun lepas telah mula mempromosikan Ubuntu Touch dengan meluas, dan kini mereka turut memperlihatkan perkembangan sistem tersebut, termasuk kemudahan untuk pembangun membangunkan aplikasi untuknya.

Melalui kemaskini Ubuntu SDK (Software Development Kit), ia dilihat memudahkan pembangun untuk membangunkan aplikasi yang bersesuaian untuk pelbagai saiz skrin dan peranti dengan menggunakan asas kod yang serupa.

Selain untuk pembangun, ia juga akan memudahkan pengguna dalam mendapatkan pengalaman penggunaan yang selari, bukan hanya pada telefon pintar dan tablet, tetapi juga pada desktop.

Untuk makluman, selain Canonical (Ubuntu), pihak Microsoft juga dikatakan ingin melaksanakan perkara sama dan beberapa perkara asas telah mula hadir pada Windows Phone 8.1 SDK mereka yang terbaru. Namun, boleh dikatakan pihak Ubuntu sedang mendahului perlumbaan satu aplikasi untuk pelbagai saiz skrin ini.


TIPS & ULASAN