Cari @ Amanz

Setiap tahun, Apple membawakan kemaskini untuk keluarga iPhone, dan untuk tahun ini ramai yang menantikan iPhone 6 untuk diperkenalkan Apple sekitar bulan September kelak. Hari ini, menariknya beberapa gambar tertiris ke arena web, dikatakan sebagai rekaan prototaip untuk iPhone generasi baru.

Prototaip iPhone 6

Daripada gambar yang tertiris ini, ia dilihat membawakan rekaan bahagian tepi kerangka yang amat nipis sekaligus menawarkan ruangan skrin yang luas. Disamping itu, saiz peranti juga dilihat agak besar berbanding model sedia ada, disamping sedikit nipis dengan iPhone 5S.

Mengikut ura-ura sebelum ini, iPhone 6 dikatakan akan membawakan saiz skrin yang lebih besar – berkemungkinan di antara 4.7-inci sehingga 5.7-inci. Sokongan Touch ID dijangka akan dikekalkan, selain mana kemaskini pada bahagian kamera peranti tersebut.

Apa pun, terdapat juga kemungkinan gambar yang tertiris ini adalah gambar palsu dan mungkin tidak begitu tepat.

Prototaip iPhone 6

Prototaip iPhone 6

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd