Cari @ Amanz

Samsung telah pun menghantar jemputan ke acara Unpacked 5 baru-baru ini, dimana ramai yang menantikan pengenalan Galaxy S5 pada acara berkenaan. Selain telefon pintar berkenaan, Samsung juga dilihat mempunyai beberapa peranti lain untuk dipertontonkan.

Salah satunya adalah kemaskini untuk jam tangan pintar mereka, Galaxy Gear 2 – dimana dijangka akan membawakan sedikit perubahan dari segi rekabentuk dan mungkin berharga lebih rendah berbanding versi sebelumnya.

Selain jam tangan pintar, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan keluarga tablet baru mereka – dinamakan Galaxy Tab 4. Seperti Tab 3, Galaxy Tab 4 dikatakan akan hadir dalam variasi 7-inci, 8-inci dan juga 10.1-inci, serta dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat.

Dengan pengenalan Galaxy TabPRO pada awal tahun ini, berkemungkinan Galaxy Tab 4 ditujukan kepada negara-negara membangun dan membawakan tanda harga lebih rendah.

Jadi, bagi anda yang merancang untuk mendapatkan tablet Galaxy Tab 3 dalam masa terdekat, mungkin boleh nantikan pengumuman Samsung terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd