GreenPacket Dijangka Mengumumkan Pembeli P1 Pada Bulan Ini

GreenPacket Dijangka Mengumumkan Pembeli P1 Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Feb 13, 2014 oleh .

TM P1Desas-desus dan spekulasi mengenai pengambil-alihan P1 bukan sesuatu yang baru. Kini, menurut Reuters, GreenPacket dijangka akan mengumumkan pembeli pegangan P1 pada bulan ini.

Ia dikatakan pelbagai perkara mengenainya telah disahkan, dan pengumuman berkenaan pembida yang berjaya akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, mengikut spekulasi, ia dikatakan Telekom Malaysia dan DiGi amat berminat untuk mendapatkan syarikat tersebut.

Sekiranya Telekom Malaysia yang memenanginya, maka ia akan melihat penyertaan TM semula ke arena telekomunikasi mudah-alih. Sementara untuk DiGi pula, ia akan memberikan mereka lebih spektrum dalam mengukuhkan kedudukan di Malaysia.

Selain daripada kedua-dua syarikat berkenaan, antara nama lain yang turut disebut-sebut adalah UMobile dan juga YTL (Yes4G)


TIPS & ULASAN