Cari @ Amanz

Nokia sering menggunakan warna biru sebagai warna latar pada laman Facebook mereka, kecuali untuk beberapa perkara seperti perayaan (Tahun Baru Cina – warna merah). Menariknya, kini dilihat mereka telah mengemaskini halaman Facebook mereka dengan menggunakan warna latar hijau.

Nokia Facebook Hijau

Seperti semua sedia maklum, Nokia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android pada Mobile World Congress penghujung bulan ini, sekaligus berkemungkinan ini adalah promosi awal untuknya.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Nokia Normandy atau Nokia X ini kelak akan membawakan variasi Android yang telah diubah suai menyeluruh, termasuk mungkin menyertakan kedai aplikasi daripada pihak Nokia yang tersendiri selain aplikasi seperti Skype, Outlook, Nokia Mix dan sebagainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah lagi yang akan dibawakan dan diperlihatkan oleh Nokia melalui akaun sosial mereka dalam hari-hari akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd