BBM Untuk Android Dan iPhone Dikemaskini – Menyertakan BBM Voice, BBM Channels

BBM Untuk Android Dan iPhone Dikemaskini – Menyertakan BBM Voice, BBM Channels

Diterbitkan pada Feb 14, 2014 oleh .

BlackBerry hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini BBM 2.0 kepada pengguna Android dan juga iOS, dimana bersama-sama dengannya ia membawakan pelbagai fungsi baru yang sekaligus menjadikannya lebih menyerupai BBM pada BlackBerry 10.

Salah satu fungsi baru yang ditambah adalah BBM Voice, yang mana membolehkan pengguna membuat panggilan suara diantara pengguna BBM lain dengan mudah. Panggilan suara boleh dilakukan menggunakan rangkaian WiFi ataupun menggunakan data pada peranti mereka.

BBM 2.0

Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan BBM Channels, salah satu cara mudah untuk mengikuti pelbagai jenama dan topik kegemaran melalui BBM. Perkara ini memudahkan pengguna berhubung dengan sesebuah syarikat atau jenama kegemaran dengan lebih dekat lagi.

Beberapa perkara lain yang turut disertakan adalah sokongan perkongsian lokasi, memudahkan lagi penghantaran audio dan gambar, serta integrasi Dropbox terus pada BBM.

Pengguna Android dan iOS boleh mengemaskini aplikasi BBM mereka hari ini dan mula menggunakan pelbagai fungsi baru yang diperkenalkan ini sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan BBM lebih menarik lagi.

Muat-Turun BBM untuk Android

Muat-turun BBM untuk iOS


TIPS & ULASAN