Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Acer Liquid Z3S untuk pasaran tempatan, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan peranti pintar pada harga mampu.

Acer Liquid Z3S

Acer Liquid Z3s merupakan kemaskini kepada keluarga Acer Liquid Z3 sebelum ini, dimana melalui versi baru ini ia menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan kamera belakang 5-megapixel untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

Selain itu, beberapa fungsi baru yang disertakan adalah Acer Quick Mode – menawarkan antaramuka yang berbeza mengikut citarasa pengguna dan sesuai untuk pengguna peranti pintar baru, disamping turut menyertakan fungsi Acer Float Caller yang memaparkan panggilan dalam bentuk yang tidak menganggu ketika anda menggunakan aplikasi lain.

Acer Liquid Z3s ini turut menyertakan fungsi Active Flip, membolehkan pengguna untuk mengaktifkan skrin secara automatik apabila membuka Flip Cover.

Acer Liquid Z3s ditawarkan pada harga RM299 di Malaysia. Untuk permulaan, mereka membuka pra-tempahan secara eksklusif bersama-sama StoreKini, dan peranti ini dijangka akan dijual melalui pengedar seluruh negara dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd