Papan Kekunci Dan Tetikus S-Active Mouse Untuk Galaxy NotePRO Akan Turut Ditawarkan Berasingan

Papan Kekunci Dan Tetikus S-Active Mouse Untuk Galaxy NotePRO Akan Turut Ditawarkan Berasingan

Diterbitkan pada Feb 14, 2014 oleh .

Untuk mereka yang ingin menggunakan Galaxy NotePRO sebagai komputer riba, pihak Samsung turut menawarkan aksesori khas untuknya, yang mana merupakan sebuah papan kekunci dan juga tetikus berasaskan Bluetooth.

Samsung Keyboard Galaxy NotePRO

Samsung Keyboard Galaxy NotePRO

Samsung Keyboard Galaxy NotePRO

Menggunakan papan kekunci yang dihubungkan melalui Bluetooth ini, pengguna boleh membuat input teks dengan lebih pantas, terutamanya untuk mereka yang banyak menaip emel dan sebagainya. Untuk kuasa, ia boleh dicas menggunakan kabel mikro-USB.

S-Active Mouse

S-Active Mouse

S-Active Mouse

Selain papan kekunci, Samsung juga turut menawarkan S-Active Mouse yang mana merupakan tetikus yang turut dihubungkan menggunakan Bluetooth. Untuk kuasa, ia menggunakan bateri AA, dan apabila dihubungkan, ia memaparkan cursor pada skrin tablet berkenaan.

Harga jualan untuk S-Active Mouse tidak diketahui lagi, sementara untuk papan kekunci ia dijangka berharga sekitar RM399.


TIPS & ULASAN