OPPO N1 Akan Berharga RM1798 Di Malaysia

OPPO N1 Akan Berharga RM1798 Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 14, 2014 oleh .

OPPO sebelum ini telah mengatakan mereka akan memasuki Malaysia secara rasminya pada 18 Februari ini, dan bakal melancarkan beberapa peranti, dan salah satunya adalah OPPO N1.

Berkongsi dengan kami hari ini, pihak OPPO mengatakan peranti Android utama mereka, OPPO N1 akan dijual pada harga RM1798 di pasaran Malaysia. OPPO N1 dikatakan telah mengambil masa sehingga 18 bulan untuk pembangunan, dan merupakan salah satu telefon pintar menarik dengan kamera yang boleh diputar sehingga 206 darjah.

Dari segi spesifikasi, OPPO N1 membawakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan resolusi 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 600, memori 2GB RAM, dan kamera-boleh-putar 13-megapixel.

Selain daripada kamera yang unik, pihak OPPO turut menyertakan teknologi O-Touch Panel pada N1, dimana pengguna boleh berinteraksi dengan mentatal pada bahagian peranti untuk mengawal skrin.

OPPO O-Touch

Untuk sistem operasi pula, OPPO membawakan antaramuka yang dipanggil Color OS yang mana menyertakan lebih kurang 410 penambah-baikkan rekabentuk pada Android. Selain Color OS, OPPO N1 juga turut mempunyai sokongan rasmi CyanogenMod untuknya.

Selain OPPO N1, pihak OPPO juga bakal menawarkan Find 5 Mini, OPPO R1 dan juga OPPO Neo. Namun, harga untuk ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN