Tizen OS walaupun telah dibangunkan sejak beberapa tahun lepas, namun peranti yang menggunakannya masih tidak diperkenalkan secara meluas, dan hanya satu tablet sahaja yang dilancarkan setakat ini.
Walaubagaimanapun, sokongan daripada syarikat luar untuk Tizen OS masih tidak malap, dan hari ini Tizen Association mengumumkan penyertaan lebih kurang 15 syarikat baru sebagai rakan kerjasama baru.
Salah satu daripadanya adalah ZTE yang mana sedia menawarkan beberapa telefon pintar Android. Perkara ini turut menandakan kemungkinan ZTE akan menawarkan telefon berasaskan Tizen pada masa akan datang.
Selain ZTE, antara nama besar lain yang turut menyertai Tizen Association baru-baru ini adalah AccuWeather, SoftBank Mobile dan juga Baidu.