Tiada Lagi “Maxis Unlimited” Selepas 18 Februari – Kuota Dihadkan Kepada 10GB

Tiada Lagi “Maxis Unlimited” Selepas 18 Februari – Kuota Dihadkan Kepada 10GB

Diterbitkan pada Feb 14, 2014 oleh .

Untuk para pelanggan Maxis yang melanggan pakej data tanpa had seperti pakej Biz 99 dan juga Maxis Biz 68, ia dilihat pihak Maxis telah membuat beberapa perubahan. Bermula 19 Februari kelak, Maxis dilihat tidak lagi akan menawarkan data tanpa had pada kelajuan tinggi seperti sebelum-sebelum ini.

Sebaliknya, Maxis akan mengehadkan data pada kelajuan tinggi hanya kepada 10Gb untuk pakej Biz99, sementara kepada 4GB untuk pakej Biz68. Penggunaan data selepasnya adalah percuma, tetapi kelajuan penggunaan akan dikawal dan mungkin lebih perlahan berbanding kebiasaan.

Perkara ini bukan terhad kepada pakej tersebut sahaja, tetapi untuk semua pengguna Maxis yang melanggan perkhidmatan data tanpa had untuk Mobile Internet.

Pihak Maxis sendiri dilihat telah mengemaskini halaman “Support” mereka, menyatakan yang mana setiap pengguna akan dihadkan kepada penggunaan 10GB selepas 19 Februari 2014 kelak. Selepas melebihi penggunaan, kelajuan akan menjadi perlahan. Tetapi bagi mereka yang ingin kekal menggunakan internet pada kelajuan tinggi, mereka boleh membeli kuota tambahan pada harga tambahan daripada Maxis.

Maxis FUP


TIPS & ULASAN