Cari @ Amanz

Bagi anda yang menggunakan penghala D-Link DIR-615, mungkin ada kalanya anda menghadapi beberapa masalah berkaitan WiFi, seperti sering terputus, sukar untuk dihubungkan ke peranti lain, ataupun kelajuan internet yang sangat perlahan berbanding menggunakan kabel biasa.

Router TM UniFi

Masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan melalui beberapa langkah yang mudah, sekaligus mengembalikan rangkaian internet yang laju ke peranti anda menggunakan WiFi melalui penghala berkenaan.

Untuk membetulkan masalah berkenaan, terlebih dahulu anda kena log masuk ke penghala UniFi anda. Anda boleh lakukannya dengan ke URL http://192.168.1.1 atau http://192.168.0.1.

Anda boleh log masuk dengan menggunakan nama pengguna admin atau operator dan kata laluan h566UniFi.

Seterusnya klik pada Advanced.

Tuto TM DIR-615

Pada halaman Advanced, klik pada Advanced Wireless.

Tuto TM DIR-615

Ubah Wireless Mode daripada 802.11n/g/b kepada 802.11g/b.

Sekiranya anda ingin menggunakan 802.11n, maka tukarkan bandwidth kepada 20Mhz sahaja.

Tuto TM DIR-615

Penulis mendapati penghala beroperasi dengan lebih stabil apabila menggunakan 802.11g/b. Ia dilihat tiada impak ke atas kelajuan internet melainkan anda menggunakan UniFi 20Mbps.

Seterusnya, mulakan semula penghala dan modem anda. Cuba sambungkan peranti anda ke sambungan WiFi dari penghala berkenaan, dan sambungan rangkaian anda akan lebih stabil berbanding sebelumnya.

  • Info
  • Perkongsian daripada saudara Pradeesh.Nukilan asal Pradeesh dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di Prasys.info. Anda turut boleh ikuti beliau di Twitter @prasys.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd