Cari @ Amanz

NokiaNokia pada bulan ini dijangka memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android mereka yang mana dikenali sebagai Nokia Normandy ataupun Nokia X. Kini, pihak @evleaks berkongsi sedikit info baru mengenainya.

Seperti dikatakan sebelum ini, Nokia X ini dikatakan akan menyertakan Nokia Store yang menawarkan aplikasi Android. Selain dari kedai aplikasi Nokia, ia juga dijangka akan dilengkapi dengan sokongan kedai aplikasi pihak ketiga. Untuk Android, sedia terdapat beberapa kedai aplikasi pihak ketiga, seperti Amazon AppStore, Xiaomi AppStore, Baidu Market, termasuk yang disertakan pada peranti Jolla, iaitu Yandex.Store.

Ia tidak diketahui lagi dengan pihak manakah Nokia bekerjasama untuk perkara ini, dan bagaimanakah ia akan beroperasi – sama ada diintegrasikan ke Nokia Store atau ditawarkan dalam aplikasi berasingan.

Nokia X ini dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin bersaiz 4-inci, memori 512MB RAM, sokongan mikro-SD, kamera 5-megapixel dan juga bateri berkapasiti 1500mAh.

Pihak @evleaks turut berkongsi mengatakan peranti ini bakal ditawarkan dalam lebih kurang enam pilihan warna.

Nokia dijangka akan memperkenalkan peranti ini pada acara Mobile World Congress pada penghujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd