Pengasas Canonical Mark Shuttleworth mengumumkan peralihan daripada Upstart kepada Systemd sebagai proses Init bagi system operasi sumber terbuka popular Ubuntu Linux. Pengumuman ini dibuat oleh Mark Shuttleworth sendiri di blog miliknya, lanjutan daripada pengumuman pasukan pembangun Debian mengatakan bahawa mereka bersetuju untuk beralih kepada Systemd pada sistem operasi Debian “Jessie”.
Peralihan proses Init kepada Systemd merupakan satu langkah yang besar dan mengambil masa yang lama. Sehingga kini pasukan pembangun Ubuntu masih belum mengumumkan keterdapatan Systemd secara default pada sistem operasi mereka.
Systemd mula meraih populariti setelah pasukan pembangun Archlinux mengumumkan peralihan daripada SysVinit kepada systemd pada tahun 2012. Systemd mula mendapat tempat dikalangan pembangun sistem operasi Linux kerana prestasi dan utiliti yang disertakan sekali bersama Systemd.