Pandang Pertama : Acer Liquid Z3S

Pandang Pertama : Acer Liquid Z3S

Diterbitkan pada Feb 15, 2014 oleh .

Acer Liquid Z3S

Acer sedia mempunyai beberapa telefon pintar dengan spesifikasi asas dan pertengahan. Salah satu telefon pintar popular mereka pada tahun lepas adalah Acer Liquid Z3, dan tahun ini Acer turut hadir dengan kemaskini versi untuk telefon pintar berkenaan, menggunakan nama dengan penambahan “S” pada penghujung seperti beberapa pengeluar – Acer Liquid Z3S.

Secara asasnya, Liquid Z3S bukan hanya kemaskini pada spesifikasi, sebaliknya pihak Acer turut menyertakan beberapa kemaskini dari segi fungsi dalam usaha membawakan kebanyakkan fungsi-fungsi pada peranti mereka yang lain ke telefon pintar mampu milik Acer ini.

Rekabentuk Dan Spesifikasi
Acer Liquid Z3s
Pemproses 1GHz Dwi-Teras
Memori 512MB RAM
Muatan Dalaman 4GB dengan sokongan kad MikroSD
Kamera 5 Megapixel
Skrin 3.5-inci 320×480 pixel
Bateri 1500 mAh

Dari segi pandangan kasar, rekabentuk Acer Liquid Z3S adalah sama dengan generasi sebelum ini.

Acer Liquid Z3S ini hadir dengan skrin sentuh HVGA bersaiz 3.5-inci dan dilengkapi dengan resolusi 320×480 pixel. Untuk pemprosesan, Liquid Z3s ini menggunakan cip dwi-teras 1GHz, memori 512MB RAM, dn dilengkapi dengan sokongan radio-FM.

Untuk bahagian kamera, pihak Acer mengemaskininya dengan sokongan kamera 5-megapixel, untuk rakaman gambar yang lebih baik. Memandangkan ia merupakan peranti pada dengan spesifikasi asas, maka tiada kamera hadapan yang disertakan.

Acer Liquid Z3S ini turut mengekalkan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna menggunakan dua kad-SIM pada peranti berkenaan, disamping memperluaskan ruangan storan dengan menggunakan kad mikro-SD.

Acer Liquid Z3S

Fungsi Baru

Acer Liquid Z3s dijana menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean, dan hadir dengan antaramuka asas Android. Fungsi seperti Google Now dan lain-lain dikekalkan, selain pihak Acer sendiri dilihat membawakan beberapa penambahan baru pada peranti berkenaan.

Salah satunya adalah Acer Float Caller, dimana apabila sokongan ini diaktifkan, ia membolehkan pengguna melihat sebuah pop-up apabila menerima panggilan sekaligus tidak menganggu penggunaan telefon pintar – seperti ketika sedang menggunakan aplikasi lain dan sebagainya.

Selain Acer Float Caller, pihak Acer turut menawarkan beberapa paparan berbeza mengikut citarasa pengguna, sebagai contoh paparan antaramuka yang dioptimasikan untuk pengguna tua, ataupun paparan antaramuka yang hadir dengan papan kekunci pada bahagian bawah skrin. Ini memudahkan untuk pengguna baru telefon pintar menyesuaikan diri mereka. Fungsi ini dinamakan Acer sebagai Acer Quick Mode.

Acer Liquid Z3S

Acer Liquid Z3S

Acer menawarkan kerangka belakang dengan pelindung skrin hadapan untuk Liquid Z3S ini, dimana ia turut hadir dengan sebuah fungsi dinamakan sebagai Acer Active Flip. Menggunakannya, ia membolehkan skrin diaktifkan apabila pelindung dibuka, dan mematikan skrin apabila pelindung ditutup.

Penutup

Secara kasarnya, ia boleh dikatakan salah satu telefon pintar berasaskan Android yang menarik untuk digunakan oleh para pengguna baru. Apatah lagi dengan binaan peranti ini yang agak menarik berbanding pelbagai peranti lain pada harga tawarannya.

Di Malaysia, Acer Liquid Z3S ini ditawarkan pada harga RM299 serta turut hadir dalam pilihan warna merah. Acer Liquid Z3S ini akan dijual bermula awal Mac kelak.


Khas untuk anda, kami akan berikan set ulasan dari Acer Malaysia ini kepada salah seorang daripada anda yang bertuah. Cuma tinggalkan komen mengatakan mengapa anda inginkannya, dan komen paling menarik akan memenanginya.

P/S:
Set ulasan adalah set yang telah dibuka oleh kami untuk tujuan ulasan.
Komen dalam bahasa Malaysia sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang. Komen sebelum 17 Februari, 2359 sahaja akan dikira.
Dua komen popular turut akan memenangi hadiah misteri daripada kami.
Hanya akan dihantar ke alamat di dalam Malaysia sahaja.
Alamat emel yang digunakan ketika menghantar komen akan digunakan untuk tujuan menghubungi pemenang yang terpilih.

Pemenang akan dihubungi pada hari Jumaat ini (7/03) oleh kami. Sekiranya anda merupakan salah seorang yang tersenarai, boleh hubungi kami di [email protected].

Pemenang cenderahati : Amin, Abc, Fariq “BoBo”, AFA1987, Bistro, Exodes, Mohd Faizal, Hurphurp, Hakim (paling banyak dislike), Ding, Wan Nur Aishah, En Ismail, Rezcreep

Pemenang telefon : Noorzaini Ilhami


TIPS & ULASAN