Cari @ Amanz

Pihak HTC telah memperkenalkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk pengguna HTC One sebelum ini. Namun, untuk peranti HTC One Mini dan HTC One Max masih belum diperkenalkan secara rasmi buat masa ini.

Berkongsi mengenainya di Reddit AMA, pihak HTC mengatakan yang mana kemaskini KitKat untuk HTC One Mini akan hadir sekitar bulan April kelak, sementara untuk phablet HTC One Max, ia akan hadir pada Mac.

Kemaskini sesuatu peranti kini telah menjadi salah satu faktor pembelian oleh pengguna, dan ia dilihat pihak HTC sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam memudahkan proses berkenaan.

Android 4.4.2 KitKat dilihat menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan pencetakkan awan, penambah-baikkan pada sekuriti dan pengurusan memori, serta beberapa perkara yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd