Gambar HTC M8 Baru Hadir Memperlihatkan Lebih Dekat Dwi-Kamera Di Bahagian Belakang
HTC

Gambar HTC M8 Baru Hadir Memperlihatkan Lebih Dekat Dwi-Kamera Di Bahagian Belakang

Diterbitkan pada Feb 16, 2014 oleh .

Beberapa gambar HTC M8 atau HTC One 2014 telah tertiris sebelum ini, dan kini sebuah gambar baru hadir, memperlihatkan dengan lebih jelas bahagian belakang peranti tersebut yang dikatakan menyertakan dwi-kamera dan dwi-LED.

HTC M8 Belakang

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan berfungsi dengan sokongan kamera sebegitu, ataupun mungkinkah ia bukannya kamera pada bahagian atas sebaliknya sebuah sensor yang lain.

HTC One (2014) atau HTC M8 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac kelak, dan dijangka akan turut menyertakan antaramuka HTC Sense 6.0 yang baru bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN