Twitter Dilihat Menguji Kedudukan Baru Untuk Butang “Retweet” Dan “Favourite” Di Web

Twitter Dilihat Menguji Kedudukan Baru Untuk Butang “Retweet” Dan “Favourite” Di Web

Diterbitkan pada Feb 16, 2014 oleh .

Twitter sebelum ini telah dilihat menguji paparan profil yang baru untuk web. Selain daripada itu, hari ini ia turut dilihat Twitter menguji kedudukan baru untuk butang “Retweet” dan “Favourite” untuk pengguna Twitter Web.

Twitter RT

Berbeza dengan kedudukan sekarang, butang baru ini dilihat diletakkan pada bahagian kanan setiap Tweet, sekaligus memudahkan lagi proses untuk berkongsi sesuatu Tweet itu dengan rakan lain. Angka sesuatu Tweet itu di-retweet turut dipaparkan bersebelahan dengannya – sama seperti pada aplikasi mudah-alih.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN