Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pembangun permainan Flappy Bird telah menarik kembali permainan tersebut, sekaligus membuatkan pelbagai permainan seumpamanya hadir dengan pelbagai nama-nama lain dengan awalan “Flappy”.

Perkara ini membuatkan kedai aplikasi di spam dengan permainan dengan nama “Flappy”, dan ia kelihatan pihak Apple dan Google tidak begitu menyukainya. Apatah lagi dengan beberapa permainan yang mempunyai malware, selain terdapat beberapa permainan yang membawakan penggunaan iklan yang melampau.

Ia dilihat beberapa pembangun telah mula mengubah tajuk permainan mereka kepada nama lain, dan mungkin sekiranya anda ingin membuat permainan klon Flappy Bird, mungkin anda boleh mula memikirkan nama menarik lain dan bukannya menggunakan awalan “Flappy” seperti yang lain untuk melepasi penerbitan di Google Play atau Apple AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd