Cari @ Amanz

Qualcomm SnapdragonPada acara CES 2014 yagn diadakan pada awal Januari 2014 lepas, pihak Qualcomm telah mengumumkan sebuah cip pemprosesan baru, dinamakan Snapdragon 802 yang mana turut memfokuskan kepada penggunaan pada televisyen pintar.

Selang lebih kurang lima minggu selepas pengumumannya, kini pihak Qualcomm mengumumkan pembatalan pengeluaran komersial untuk cip pemprosesan tersebut. Menurut Qualcomm, ia dibatalkan kerana permintaan untuk cip Snapdragon 802 adalah kurang, apatah lagi permintaan untuk cip yang direkabentuk khas untuk televisyen pintar masih kecil buat masa ini.

Ia boleh dikatakan pengumuman ini agak mengejutkan ramai, apatah lagi pembatalan diumumkan selang lima minggu selepas pengumuman rasminya.

Walaubagaimanapun, pengeluaran cip untuk tablet dan telefon pintar seperti Snapdragon 800 dan Snapdragon 805 akan diteruskan seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd