Spesifikasi BlackBerry Z3 “Jakarta” Tertiris Ke Arena Web

Spesifikasi BlackBerry Z3 “Jakarta” Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Feb 17, 2014 oleh .

Pihak BlackBerry sedia mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan peranti memfokuskan negara-negara membangun. Peranti yang dikatakan sebagai BlackBerry “Jakarta” tersebut akan menjadi telefon pintar pertama hasil kerjasama BlackBerry dan juga Foxconn, serta dijangka akan diperkenalkan bulan ini.

Blackberry Z3 Jakarta

Mengikut ura-ura, peranti ini dikatakan akan dikenali dengan nama BlackBerry Z3. Penggunaan nama keluarga “Z” sendiri menandakan ia akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya seperti dua peranti Blackberry 10 sebelum ini. Bagi kami, ia mungkin agak mengelirukan dengan adanya BlackBerry Z30 dan juga peranti baru ini BlackBerry Z3.

Ia dikatakan telefon pintar ini akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 540×960 pixel. Ia bakal dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel dan juga bateri berkapasiti 2650mAh.

BlackBerry Z3 Jakarta

Buat masa ini, ia boleh dikategorikan sebagai ura-ura lagi, dan masih tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak BlackBerry. Mungkin segalanya akan terjawab pada acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada minggu hadapan kelak.


TIPS & ULASAN