Huawei Ingin Mengukuhkan Kedudukan Mereka Di Malaysia – Bakal Menawarkan Lebih Banyak Peranti

Huawei Ingin Mengukuhkan Kedudukan Mereka Di Malaysia – Bakal Menawarkan Lebih Banyak Peranti

Diterbitkan pada Feb 17, 2014 oleh .

Huawei pada tahun lepas merupakan antara pengeluar peranti terbanyak untuk pasaran global, dan untuk tahun 2014 ini, mereka menyasarkan untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pengeluaran peranti mudah-alih termasuk di pasaran Malaysia.

Huawei Unlocked

Berkongsi mengenai perancangan mereka untuk tahun 2014 di Malaysia, pihak Huawei mengatakan mereka akan menawarkan lebih banyak peranti Huawei untuk pasaran tempatan pada tahun ini, disamping pada masa yang sama membuka lebih banyak kedai jualan di beberapa lokasi utama.

Pihak Huawei turut mengatakan mereka akan turut membuka kedai konsep mereka di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Huawei untuk tahun ini telah memperkenalkan Ascend Mate 2, dan dijangka akan mengumumkan jam tangan pintar pada penghujung bulan ini. Pada masa yang sama, mungkin juga kita akan dapat melihat kemaskini untuk telefon Ascend P6 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN