Cari @ Amanz

Pada Mobile World Congress tahun lepas, pihak Sony telah memperkenalkan tablet berasaskan Android mereka dengan rekabentuk selari Xperia Z, dinamakan sebagai Xperia Tablet Z. Untuk tahun ini, ia dilihat mereka bakal memperkenalkan kemaskini untuknya dan memperkenalkan Xperia Tablet Z2.

Seperti biasa, ia bakal mengekalkan sokongan kalis air dan debu. Tablet bersaiz 10.1-inci dikatakan akan membawakan resolusi 1920×1080 pixel Triluminos, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan memori 3GB RAM.

Dari segi bateri, ia bakal dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh, dan menjalankan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Nampaknya, mungkin kita akan dapat melihat beberapa peranti menarik daripada Sony pada Mobile World Congress tahun ini, iaitu selain daripada tablet ini, mereka juga dikatakan akan memperkenalkan Xperia Z2 – telefon pintar terbaru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd