Huawei Hadir Dengan Video Promosi Untuk Peranti Baru Di MWC 2014

Huawei Hadir Dengan Video Promosi Untuk Peranti Baru Di MWC 2014

Diterbitkan pada Feb 17, 2014 oleh .

Beberapa spekulasi sedia mengatakan Huawei akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada acara MWC 2014 minggu hadapan. Nampaknya, bukan itu sahaja, dan pihak Huawei bakal turut memperkenalkan beberapa peranti lain pada acara berkenaan.

Melalui salah satu video baru yang diterbitkan, Huawei memberikan teaser ringkas, memperlihatkan tiga peranti baru akan diperkenalkan.

Dua tablet dijangka akan diperkenalkan, dimana akan membawakan sokongan bateri yang tahan lama, selain satu lagi memfokuskan kepada penggunaan multimedia. Selain tablet, Huawei turut sama dilihat akan hadir dengan telefon pintar baru dengan kamera hadapan yang baik.

Seperti biasa, tiada gambaran penuh diberikan untuk membuatkan pengguna ternantikan pengumuman Huawei minggu hadapan.


TIPS & ULASAN