Metal Gear Solid V Ground Zeroes ialah prolog kepada Metal Gear Solid V Phantom Pain yang masih sedang dibangunkan oleh Konami. Hari ini pihak Konami melalui blog mereka memperlihatkan perbezaan grafik dan frame sesaat di antara versi Ground Zeroes pada konsol PS3, PS4, Xbox 360 dan Xbox One. Hideo Kojima mengesahkan grafik untuk versi konsol generasi lalu adalah beresolusi 720P dan 30 FPS. Pada konsol Xbox One pula ianya 720P dan 60 FPS. Versi PlayStation 4 ialah versi yang paling menghampiri visi grafik photorealistic dengan resolusi 1080P dan 60 FPS.
Pemilik konsol Xbox One rata-ratanya kecewa dengan pengumuman ini kerana konsol mereka yang lebih mahal ini tidak mampu menghasilkan mutu grafik yang tinggi. Metal Gear Solid V Ground Zeroes dijangka mula dijual pada 18 Mac Ini. Nampaknya grafik generasi hadapan menitik beratkan ketajaman imej serta kesan khas yang lebih realistik. Sungguhpun begitu kami rasakan grafik pada konsol generasi sebelum ini tidak kelihatan sehodoh yang kami jangkakan. Masih kelihatan cantik walaupun dengan resolusi yang rendah.
Pihak Konami akan mengeluarkan video MGS V Ground Zeroes pada empat konsol berbeza ini pada masa akan datang. Adakah anda sudah mengumpul wang untuk memiliki kesinambungan cerita Big Boss? Harus kami akui kami sendiri belum membeli MGS 4. Mungkin harus ke kedai permainan video dan membelinya sebelum MGS V mula dijual!
[amanz-gallery]
Sumber KONAMI