Dengan setiap syarikat bersedia untuk acara Mobile World Congress pada minggu hadapan, Acer turut dilihat tidak ingin ketinggalan, dan telah menerbitkan sebuah gambar untuk telefon pintar baru yang akan diperkenalkan mereka pada minggu hadapan.
Seperti telefon pintar Acer lain, ia akan kekal menggunakan nama Acer Liquid, dan dijangka akan menggunakan Android.
Menariknya, pada bahagian belakang peranti berkenaan – sebuah butang khas dilihat dibahagian bawah kamera. Apakah kegunaannya tidak diketahui, ataupun mungkin juga ia berfungsi sebagai sebuah sensor untuk telefon pintar berkenaan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan Acer dalam masa lebih kurang 4 hari lagi.