Cari @ Amanz

Seperti biasa, pihak @evleaks hari ini berkongsi satu lagi gambar baru untuk telefon pintar Android yang akan datang, sekaligus mengesahkan lagi penggunaan nama Nokia X untuk peranti tersebut.

Nokia X Tertiris

Gambar baru ini juga turut menekankan penggunaan warna hijau, salah satu perubahan yang dilakukan oleh Nokia pada profil laman sosial mereka baru-baru ini.

Nokia X ini dilihat akan menjadi peranti pintar mampu milik daripada Nokia, dimana akan menggunakan sebuah sistem operasi Android yang telah diubah-suai. Peranti ini dijangka akan menggunakan HERE Maps, selain dilengkapi kedai aplikasi tersendiri daripada Nokia.

Nokia dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkenaan dengannya pada minggu hadapan di Mobile World Congress.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd