Android Pernah Ditawarkan Kepada Samsung Terlebih Dahulu Sebelum Dibeli Google

Android Pernah Ditawarkan Kepada Samsung Terlebih Dahulu Sebelum Dibeli Google

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

Android merupakan salah satu sistem operasi memfokuskan telefon pintar yang telah dimulakan oleh pasukan Andy Rubin pada tahun 2003 lepas. Google seterusnya telah mengambil-alih dan membeli sistem operasi sekitar tahun 2005, dan memperkenalkan ia kepada umum pada tahun 2007.

Menariknya, daripada salah satu perkongsian sejarah syarikat tersebut, ia diketahui Andy Rubin pernah ke Samsung dalam menawarkan platform mereka untuk dibawa ke tahap seterusnya sebelum pergi ke Google.

Namun, ketika itu, pasukan Android hanya merangkumi lapan orang dilihat tidak menarik perhatian Samsung, dan pada masa yang sama “digelakkan” oleh Samsung. Apa pun, selang dua minggu selepas itu, Google telah mengambil-alih syarikat berkenaan, dan kini Android telah menjadi salah satu sistem operasi paling popular di dunia.

Semestinya sekiranya Samsung mengambil-alih, mungkin kejayaan Android tidak seperti hari ini, memandangkan ia akan eksklusif kepada hanya satu pengeluar sahaja dan mungkin tidak ramai pembangun yang berminat dengannya.

Hari ini Android digunakan oleh kebanyakkan pengeluar peranti telefon dan tablet, disamping terdapat beberapa komputer turut dilengkapi dengan sistem operasi berkenaan.


TIPS & ULASAN