Samsung Bakal Mengintegrasikan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Galaxy S5?

Samsung Bakal Mengintegrasikan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Galaxy S5?

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S5 kepada umum pada minggu hadapan, dan selain daripada kemaskini spesifikasi dan fungsi baru, pihak Samsung dikatakan akan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar baru mereka ini.

Galaxy S5 bakal mengekalkan butang fizikal, dan sokongan pengimbas cap jari ini dikatakan akan disertakan pada butang Home peranti berkenaan. Mengikut laporan SamMobile, pengguna dikehendaki untuk swipe jari untuk menggunakannya, dan bukannya ia berfungsi seperti pada iPhone 5S.

Samsung Unpacked 5

Menariknya, selain digunakan untuk mengakses peranti, sokongan cap jari juga dikatakan boleh digunakan untuk tugasan berbeza, seperti mengakses aplikasi dan sebagainya.

Pengguna turut dikatakan boleh melihat imbasan masa-nyata pada skrin peranti ketika swipe jari mereka pada peranti berkenaan.

Samsung bakal mengadakan acara Samsung Unpacked 2014 pada 24 Februari ini di Barcelona, dan telefon pintar Samsung Galaxy S5 dijangka diumumkan ketika itu.


TIPS & ULASAN