Panasonic Toughpad FZ-M1 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Panasonic Toughpad FZ-M1 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

Pada penghujung tahun lepas, Panasonic telah memperkenalkan Toughpad 7 versi Android di Malaysia. Kini, selang beberapa bulan selepasnya, variasi tablet bersaiz 7-inci menjalankan sistem operasi Windows 8 turut hadir ke pasaran tempatan.

Panasonic Toughpad FZ1M1

Panasonic Toughpad FZ-M1 ini ditujukan kepada mereka yang inginkan tablet untuk digunakan ketika bergerak dan yang tahan lasak.

Panasonic Toughpad FZ-M1 ini menggunakan sistem operasi Windows 8.1 Pro, cip pemprosesan Intel Core i5 vPro generasi ke-empat, skrin bersaiz 7-inci, sokongan USB 3.0, sokongan GPS, NFC, 4G LTE, dan jaminan selama tiga tahun. Pihak Panasonic turut menyertakan sokongan untuk barkod, MSD, SmartCard, dan juga LAN pada peranti ini.

Memandangkan ia ditujukan kepada penggunaan pekerjaan dan perusahaan, harga jualannya boleh dikatakan agak tinggi. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM7,607.50.


TIPS & ULASAN