Samsung Galaxy Camera 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Samsung Galaxy Camera 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengemaskini laman Facebook mereka, dan berkongsi memperlihatkan kamera digital berasaskan Android mereka yang terbaru, Galaxy Camera 2 akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Galaxy Camera 2

Samsung Galaxy Camera 2 telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dimana ia hadir dengan sensor gambar 16.3-megapixel 1/2.3″ BSI CMOS, sokongan zoom sehingga 21x, dan fungsi rakaman video 120fps dalam bentuk gerak-perlahan. Kamera ini turut menggunakan skrin sentuh bersaiz 4.8-inci dan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz.

Beberapa fungsi baru yang lain adalah termasuk sokongan NFC dan juga Group Share yang mana tidak terdapat pada generasi sebelumnya.

Harga jualan dan tarikh jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

Kemaskini : Ada yang dah mula menjualnya pada harga RM1570


TIPS & ULASAN