OPPO Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi – Memperkenalkan Beberapa Peranti Baru

OPPO Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi – Memperkenalkan Beberapa Peranti Baru

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

OPPO hari ini secara rasminya telah mengumumkan kemasukkan rasmi ke pasaran Malaysia dan Singapura, sekaligus menawarkan beberapa telefon pintar daripada mereka untuk pengguna tempatan.

Peranti utama dan menjadi fokus utama mereka untuk pengenalan ini adalahn OPPO N1, yang mana turut membawakan sokongan CyanogenMod untuknya.

OPPO N1 Malaysia

OPPO N1 Malaysia

OPPO N1 Malaysia

OPPO N1 membawkan cip empat-teras 1.7GHz, skrin bersaiz 5.9-inci dengan sokongan 1080p, kamera 13-megapixel, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Peranti ini juga turut menyertakan sokongan O-Touch – panel sensentuh pada bahagian belakang yang membolehkan pengguna untuk mengawal peranti dengan mudah menggunakan sebelah tangan. Selain itu, peranti ini juga turut membawakan sokongan kamera yang boleh dipusingkan ke hadapan dan belakang.

Pihak OPPO mengatakan kamera tersebut boleh dipusingkan lebih daripada 100,000 kali – dimana secara purata ia boleh dipusingkan lebih 40 kali sehari selama 7 tahun.

Di Malaysia, OPPO N1 akan dijual pada harga RM1798.

Selain OPPO N1, pihak OPPO turut memperkenalkan peranti lain seperti OPPO Find 5 MIni, OPPO R1 dan juga OPPO Neo.

OPPO Find 5 Mini membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 960×540 pixel, cip empat-teras 1.3GHz, memori 1GB RAM, ruangan storan 4GB dan juga bateri berkapasiti 2000mAh. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 8-megapixel f/2.0 pada bahagian belakang, dan kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan.

OPPO R1 pula menawarkan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadpan 5-megapixel.

Dan akhir sekali, OPPO Neo pula telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.5-inci, skrin beresolusi 854×480 pixel, cip pemprosesan 1.3GHz, memori 512MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. OPPO Neo juga turut menyertakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Ketiga-tiga telefon ini hadir dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan antaramuka Color OS, sementara OPPO N1 hadir dengan Color OS dan sokongan rasmi daripada CyanogenMod. Untuk Color OS, pihak OPPO dilihat memfokuskan kepada sokongan gesture, memudahkan pengguna untuk membuat akses pantas menggunakan gerakan jari mereka pada skrin.

OPPO N1

OPPO N1

OPPO N1

OPPO N1

DSC_0018

DSC_0024

Di Malaysia, OPPO mengatakan mereka akan memfokuskan proses pemasaran dan juga jual-beli. Mereka turut mengatakan akan menyediakan pusat khidmat pelanggan di sembilan lokasi di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru, Kuching dan juga Kota Kinabalu.

OPPO N1

Selain OPPO N1 yang berharga RM1798 di Malaysia, peranti lain yang turut ditawarkan bermula penghujung bulan ini adalah OPPO Neo pada harga RM598, OPPO R1 pada harga RM1298 dan OPPO Find 5 Mini pada harga RM998.

OPPO N1 Malaysia

OPPO N1 Malaysia

OPPO N1 Malaysia


TIPS & ULASAN