HTC One Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada 25 Mac
HTC

HTC One Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada 25 Mac

Diterbitkan pada Feb 18, 2014 oleh .

HTC One 2014Dengan pelbagai ketirisan info dan gambar berkenaan HTC One generasi baru yang turut dikenali dengan nama kod HTC M8, hari ini pihak HTC berkongsi sebuah gambar memperlihatkan pengumuman berkenaan peranti berkenaan akan hadir pada 25 Mac 2014 ini.

Tiada sebarang info berkenaan nama dan sebagainya yang dikongsikan pihak HTC. Sebaliknya, mereka hanya menggunakan ayat “The best is about to get better” untuk berkongsi gambar 25 Mac melalui akaun Twitter HTC UK.

Untuk makluman, HTC One telah memenangi pelbagai anugerah dan dilabelkan sebagai telefon pintar Android paling baik pada tahun 2013 oleh ramai pengguna.

HTC One 2014 dilihat akan mengekalkan beberapa rekabentuk peranti berkenaan, dan pihak HTC dijangka akan membawakan perubahan pada bahagian belakang terutamanya pada bahagian kamera. Selain itu, antaramuka peranti berkenaan juga akan dikemaskini termasuk sokongan penggunaan butang atas skrin.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 25 Mac untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN