Cari @ Amanz

Pihak BlackBerry sebelum ini telah menjanjikan yang mana mereka akan menyertakan sokongan BBM untuk Android 2.3 Gingerbread, dan hari ini aplkasi BBM untuk Android dikemaskini dengan sokongan untuknya.

Untuk makluman, Gingerbread merupakan antara versi Android yang masih mempunyai angka pengguna yang tinggi. Maka semestinya ia merupakan salah satu langkah yang baik untuk menyokong versi sistem operasi berkenaan.

Selain daripada sokongan untuk Gingerbread, ia dilihat tiada sebarang perubahan lain yang dibawakan pada kemaskini BBM untuk Android yang diperkenalkan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd