Astro Memperkenalkan Panduan TV Dalam Empat Bahasa Utama Di Malaysia

Astro Memperkenalkan Panduan TV Dalam Empat Bahasa Utama Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 19, 2014 oleh .

Astro sedia menawarkan pelbagai kandungan meliputi pelbagai bahasa melalui pilihan salura-n-saluran mereka. Kini, dalam terus memudahkan pengguna tempatan menggunakan perkhidmatan mereka, Astro turut melancarkan Panduan TV yang kini hadir dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan juga Tamil.

Sokongan Panduan Pengaturcaraan Elektronik (EPG) yang menyokong pelbagai jenis bahasa ini bakal diperkenalkan kepada pelanggan Astro B.yond secara berperingkat bermula 24 Februari ini.

Pihak Astro turut menawarkan enjin carian dalam pencarian kandungan dengan lebih mudah, dimana pengguna boleh melihatnya mengikut tajuk, tahun siaran, tarikh siaran dan sebagainya.

Astro B.yond EPG

Astro B.yond EPG

Selain Astro B.yond, kemaskini antaramuka turut diperkenalkan kepada pengguna Astro On The Go serta sokongan EPG pelbagai bahasa. Kemaskini terbaru untuk Astro On The Go turut memudahkan pengguna untuk menonton rancangan terpilih, dimana tidak lagi perlu mendaftar dan log-masuk terlebih dahulu sebelum dapat menontonnya. Astro turut berkongsi mengatakan sokongan antaramuka baru ini akan hadir kepada pengguna Astro IPTV tidak lama lagi.

Untuk mengemaskininya kelak, pelanggan Astro B.yond hanya perlu meninggalkan set mereka dalam mod standby, dan kemaskini perisian akan dilakukan secara automatik.

Astro pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 470,000 pelanggan PVR, disamping pelanggan Astro On-The-Go mereka yang meluangkan secara purasa 72 minit seminggu menonton menggunakannya.

Layari : Astro EPG


TIPS & ULASAN